skijc.zoom-a.com
[SEKOLAH KEBANGSAAN INFANT JESUS CONVENT ]
[80100 JALAN YAHYA AWAL, JOHOR BAHRU, MALAYSIA]
Tel : [+607-2243005], Faks : [07-2269566]
e-mel : skijc@zoom-a.com
| LAMAN UTAMA | KATA ALU-ALUAN | VISI & MISI | FALSAFAH PENDIDIKAN | FALSAFAH SEKOLAH | SEJARAH | PANORAMA | LOGO SEKOLAH | DOA SEKOLAH | LAGU SEKOLAH | STAF AKADEMIK | PIBG | KEPUTUSAN UPSR 2009 | AKTIVITI | SERTAI KAMI | STAF SOKONGAN | PAUTAN | ALUMNI | ANUGERAH MURID | BULETIN PETANG | ANUGERAH |

BULETIN PETANG

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

BAGI SESI PERSEKOLAHAN

TAHUN 2010

     

4 JANUARI HINGGA 16 JANUARI 2010

Program Orientasi Dan Transisi Murid-Murid Tahun Satu

        Program Orientasi dan Transisi bagi murid-murid tahun satu 2010 telah bermula pada hari pertama persekolahan bagi sesi 2010 iaitu pada 4 Januari 2010. Program Transisi ini akan dijalankan selama 2 minggu bagi memperkenalkan persekitaran dan keadaan iklim di sekolah kepada murid-murid baru. Mereka juga akan didedahkan kepada berbagai aktiviti dan budaya sekolah sebagai persediaan untuk menyesuaikan diri di sekolah.

       Berbagai aktiviti akan diadakan sepanjang program ini dan aktiviti kemuncaknya akan dilansungkan pada hari terakhir program iaitu pada hari Jumaat, 16 Januari 2010. Diharapkan semua murid gembira berada di sekolah ini dan bersedia intuk memulakan sesi pembelajaran.

4 JANUARI 2010
     
Permulaan Sesi Persekolahan Tahun 2010
     
Sesi persekolahan bagi tahun 2010 akan bermula pada hari Isnin, 4 Januari 2010. Kami mengucapkan selamat kembali ke sekolah bagi semua murid Tahun 2 hingga Tahun 6 dan selamat datang kepada semua murid Tahun Satu yang akan memulakan sesi persekolahan bagi tahun 2010.

12 November 2009

Hari Anugerah Cemerlang

Hari Anugerah Cemerlang SK Convent, Johor Bahru akan diadakan pada 12 November 2009 bertempat di Dewan Sekolah. Murid-murid yang cemerlang dalam peperiksaan sepanjang tahun 2009 akan menerima hadiah mengikut kelas dan matapelajaran yang tertentu. Pada tahun ini, pihak sekolah juga akan memberikan hadiah kepada pengguna Zoom-a terbanyak mengikut kelas. Tahniah diucapkan kepada semua penerima hadiah di atas kecemerlangan anda. Semoga lebih berjaya di masa akan datang.

26 - 28 Oktober 2009

Peperiksaan Akhir Tahun

Peperiksaan Akhir Tahun telah dijalankan pada 26, 27 dan 28 Oktober 2009. Semua murid telah berusaha menjawab soalan peperiksaan dengan bersungguh-sungguh. Keputusan dijangka akan diperolehi selepas 2 minggu. keputusan keseluruhan akan dicampurkan dengan semua ujian yang telah dijalankan sebelum ini dengan kiraan:

Tahun 1

Peperiksaan Setengah Tahun  

30%

PKBS 2

20%

Peperiksaan Akhir Tahun

50%

Jumlah

100%

Tahun 2 dan Tahun 3

PKBS 1

20%

Peperiksaan Setengah Tahun

30%

PKBS 2

20%

Peperiksaan Akhir Tahun

30%

Jumlah

100%

Diharapkan semua murid mendapat markah yang cemerlang dalam peperiksaan yang telah dijalankan.

Kelab Kreatif Sesi Petang

Aktiviti Kelab Kreatif bagi murid sesi petang diadakan pada setiap hari Jumaat bermula jam 12.00 tengahari hingga jam 1.00 petang. Semua murid yang hadir ke sekolah akan berkumpul di bilik-bilik tertentu untuk mengikuti aktiviti kelab masing-masing. Terdapat sebanyak 12 kelab kreatif yang boleh disertai oleh semua murid Tahap Satu. Kelab-kelab ini memberi peluang kepada murid untuk menunjukkan bakat mereka di samping memberikan aktiviti yang menarik minat mereka untuk hadir ke sekolah.

Pada akhir tahun, satu Mini Konsert akan diadakan bagi memberi peluang kepada semua kelab menunjukkan aktiviti yang telah mereka jalankan sepanjang tahun.

Antara Kelab Kreatif yang dijalankan adalah seperti:

Kelab Aerobik

Kelab Action Song

Kelab Tarian Tradisional

Kelab Anglung

Kelab Bahasa Melayu

Kelab Bahasa Inggeris

 

Kelab Seni Kreatif

 

Kelab Berfikir Secara Kreatif Dan Kritis

 

Kelab Abakus

Kelab Membaca (Readers Club)

Kelab Komputer

Kelab Kraftangan Aunty Casey ( Dibimbing oleh Pn. Casey - Ibu Murid )

21 Ogos 2009

Sambutan Hari Kemerdekaan

Bersempena sambutan Hari Kemerdekaan yang akan disambut pada 31 Ogos 2009, SK Convent juga telah mengadakan satu Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Sekolah. Bagi sesi petang, berbagai acara telah dijalankan seperti Pertandingan Mewarna, Pertandingan Membaca Sajak, Pertandingan Pantun dan Pertandingan Pakaian Beragam Bertemakan Satu Malaysia. Sambutan yang jijalankan adalah sederhana tetapi amat meriah kerana semua guru dan murid memberikan sepenuh kerjasama sepanjang aktiviti berlangsung.

24 Julai 2009

Workshop Action Song

Workshop Action Song telah diadakan bertempat di Dewan Sekolah SK Convent. Semua guru dan murid-murid sesi petang terlibat dalam workshop yang diadakan khas untuk semua murid Tahap Satu ini. Pada hari tersebut, Mdm Shirling Goh telah dijemput sebagai penceramah yang menerangkan beberapa ciri lagu yang sesuai untuk dinyanyikan oleh murid-murid Tahap Satu.

Murid-murid juga telah dibahagikan kepada 15 kumpulan dan setiap kumpulan dibimbing oleh seorang guru. Kemuncak program ini adalah pertandingan Action Song antara kumpulan yang telah dijalankan selama 3 hari. Tahniah diucapkan kepada kumpulan-kumpulan yang menang. Pada keseluruhannya, program ini telah berjalan dengan jayanya dan mendapat sambutan yang sungguh hebat dari semua murid. Guru juga dapat melihat bakat terpendam yang ada pada setiap murid. Diharapkan lebih banyak aktiviti seperti ini dapat dijalankan pada masa-masa akan datang.


16 Januari 2009

Penutup Minggu Transisi Bagi Murid Tahun 1 2009.

Setelah genap 2 minggu murid tahun satu menjejakkan kaki ke sekolah dan menjalani program transisi dan suaikenal, maka berakhirlah sudah program tersebut. Bersempena dengan ini, satu Majlis Penutup Program Transisi akan diadakan pada 16 Januari 2009 bertempat di Dewan Sekolah. Semua murid Tahun 1 dikehendaki memakai pakaian bebas (selain uniform sekolah) dari rumah. Berbagai program akan dijalankan pada hari tersebut, seperti nyanyian, pertunjukan dan penyampaian hadiah.

5 Januari 2009

Transisi Murid Tahun 1 2009

Sejumlah 156 orang murid tahun 1 bagi sesi persekolahan tahun 2009 telah mendaftarkan diri pada hari pertama persekolahan di dewan sekolah SKIJC. Setiap murid dibahagikan kepada 5 kelas yang terdiri daripada kelas Delima, Emas, Nilam, Zamrud dan Intan. Bersempena dengan minggu orientasi murid tahun 1, satu program telah diadakan bagi mendedahkan murid-murid tahun 1 kepada suasana pembelajaran serta persekitaran sekolah yang telah sedia ada iaitu Program Transisi dan Guru Penyayang. Program ini bermula pada hari pertama persekolahan iaitu 5/1/09 (Isnin) hingga 12/1/09 (Isnin). Pelbagai aktiviti akan dijalankan sempena minggu orientasi ini.

5 September 2008

Program Bersama Panitia Matematik

Bersempena dengan Bulan Matematik, satu program telah dianjurkan oleh Panitia Matematik bagi murid Tahun Dua. Setiap murid telah dibahagikan kepada tiga kumpulan. Aktiviti ini memerlukan murid menyelesaikan setiap soalan yang terdapat pada tiga stesen yang telah disediakan iaitu Stesen A, Stesen B dan Stesen C.

Aktiviti ini dijalankan oleh guru matematik Tahun Dua mengikut jadual yang telah ditetapkan.

12 - 14 Ogos 2008

Lawatan ke Perpustakaan Awam Johor

Lawatan ini telah diadakan bersempena dengan Pameran Keselamatan "Street Smart" yang telah dianjurkan oleh Petronas. Lawatan ini melibatkan murid-murid sesi petang dari tahun 1 hingga 3. Murid-murid telah dibahagikan mengikut kumpulan masing-masing dengan diiringi oleh lima orang guru bagi setiap kumpulan.

Murid-murid menjalankan aktiviti mencari perkataan tersembunyi dan membina "bumper" keselamatan jalan raya.

Upacara penyampaian hadiah bagi murid yang berjaya dalam setiap aktiviti telah disempurnakan oleh Penyelia Petang SKIJC iaitu Pn.Tan Geok Chin.

Sebelum pulang, murid-murid serta guru telah diberi cenderahati daripada pihak penganjur berupa sticker, poster dan broucher. Melalui aktiviti seperti ini, ianya sikit sebanyak dapat memberikan pendedahan kepada murid-murid mengenai pentingnya mempelajari langkah-langkah keselamatan serta punca-punca kemalangan dan cara-cara untuk mengatasinya.

9 OGOS 2008

Aktiviti Sempena Bulan Patriotik

Aktiviti ini dijalankan bersempena dengan sambutan Bulan Patriotik. Setiap murid Tahun 1 hingga 3 terlibat dalam pertandingan mewarna poster Hari Kebangsaan. Sebelum pertandingan mewarna bermula, setiap murid telah diedarkan lirik lagu yang bertemakan lagu-lagu patriotik. Guru bertugas telah membimbing murid-murid menyanyi dengan iringan muzik yang didendangkan.




Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: