skijc.zoom-a.com
SEKOLAH KEBANGSAAN INFANT JESUS CONVENT
80100 JALAN YAHYA AWAL, JOHOR BAHRU, MALAYSIA
Tel : +607-2243005, Faks : 07-2269566
e-mel : skijc@zoom-a.com
| LAMAN UTAMA | KATA ALU-ALUAN | VISI & MISI | FALSAFAH PENDIDIKAN | FALSAFAH SEKOLAH | SEJARAH | PANORAMA | LOGO SEKOLAH | DOA SEKOLAH | LAGU SEKOLAH | AKTIVITI | ANUGERAH | SK CONVENT PILIHAN RAMAI |

KOLEKSI DOA SEKOLAH

1. DOA SEBELUM MASUK KELAS (Panjang)

Bismillahir Rahmanir Rahim

Ya Allah, Kami merafakkan kesyukuran di atas keizinanMu untuk kami meneruskan perjuangan hidup pada hari ini.  Kami bersyukur kerana Engkau mengizinkan kami menghadirkan diri, emosi dan roh kami sehingga dapat menyempurnakan tugasan dan amanah kami dengan jayanya pada hari ini.

Kurniakanlah kami kecintaan, keinginan dan kecenderungan belajar dengan penuh semangat dan dedikasi untuk mencapai kecemerlangan sepanjang hari ini.

Jadikanlah permulaan hari ini kebaikan untuk kami, pertengahannya keberkatan dan kesudahannya keampunan dariMu.

Ya Allah, jadikanlah hari ini lebih baik dari semalam dan jadikanlah esok lebih baik daripada hari ini bagi kami... Walau Terintang, Terus Cemerlang".

2. DOA SEBELUM MASUK KELAS (Pendek) 

Ya Allah, kami memohon dengan limpah kurniamu, semoga murid-murid & guru-guru Sekolah Convent, Johor Bahru dikurniakan kesihatan, kesejahteraan jasmani dan rohani, dibukakan pintu hati, dilapangkan dada mudah menerima apa yang dipelajari pada hari ini dan seterusnya.  Jadikan hari ini lebih baik dari semalam, hari esok lebih cemerlang dari hari ini dan seterusnya.  Semoga usaha kami mendapat keberkatan dariMu Ya Allah.  Amin ....

3. DOA MAJLIS PERHIMPUNAN (PAGI&PETANG)

Bismillahir Rahmanir Rahim

Segala puji bagi Allah Subhanahu Wa Ta'ala, Tuhan sekalian alam, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam dan ke atas keluarga serta para sahabat baginda sekalian.

Ya Allah Ya Tuhan kami, Engkaulah Tuhan yang menguasai langit dan bumi. Hanya padaMu jua kami merafakkan kesyukuran atas segala rahmat dan nikmatMu.

Dengan keberkatan majlis perhimpunan pagi ini, kami mohon taufik dan hidayahMu, kurniakanlah kesejahteraan, kebahagiaan dan keselamatan.  Anugerahkanlah kepada kami kesihatan yang sempurna, akal yang cerdas, hati yang terang, daya ingatan yang kuat untuk menerima ilmu pengetahuan serta bimbingan para guru kami yang kami kasihi.

Tambahkanlah kekuatan dan ketabahan kami dalam menghadapi cabaran menimba ilmu pengetahuan, serta bimbingan para guru kami yang kami kasihi.

Tambahkanlah kekuatan dan ketabahan kami dalam menghadapi cabaran menimba ilmu pengetahuan, himpunkanlah kami dalam kalangan mereka yang cemerlang, gemilang dan terbilang di dunia dan akhirat.  Jadikanlah kami, guru-guru kami, pemimpin-pemimpin kami terus istiqamah.

"Walau Terintang, Terus Cemerlang".

...........

4. Doa amalan


Ya Allah Ya Tuhan kami, kami bersyukur pada-Mu Ya Allah atas segala limpah kurnia nikmat yang Engkau berikan kepada kami. Ya Allah, jadikanlah segala nikmat yang telah Engkau kurniakan itu sentiasa berpanjangan buat kami.

Ya Allah, pada pagi yang mulia ini, kami memohon pada-Mu, Ya Allah, berkatilah hari-hari yang bakal kami lalui. Berikanlah hidayah-Mu kepada kami. Ya-Allah, kami amat mengharapkan pertolongan-Mu. Tenangkanlah hati dan fikiran kami agar kami dapat manfaat sepenuhnya daripada apa yang diajarkan oleh guru-guru kami.

Ya Allah Ya Tuhan kami, peliharalah perjalanan kami, perjalanan guru-guru kami, datang dan pulang. Kurniakanlah taufik dah hidayah-Mu kepada guru-guru kami.

Ya Allah Ya Tuhan kami, ampunilah dosa kami, kedua-dua ibu bapa kami, guru-guru kami, muslimin dan muslimat yang masih hidup, mahupun yang telah meninggalkan kami.




Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: