skijc.zoom-a.com
SEKOLAH KEBANGSAAN INFANT JESUS CONVENT
80100 JALAN YAHYA AWAL, JOHOR BAHRU, MALAYSIA
Tel : +607-2243005, Faks : 07-2269566
e-mel : skijc@zoom-a.com
| LAMAN UTAMA | KATA ALU-ALUAN | VISI & MISI | FALSAFAH PENDIDIKAN | FALSAFAH SEKOLAH | SEJARAH | PANORAMA | LOGO SEKOLAH | DOA SEKOLAH | LAGU SEKOLAH | AKTIVITI | ANUGERAH | SK CONVENT PILIHAN RAMAI |

KEUNIKAN SK INFANT JESUS CONVENT

MENYOKONG HASRAT PERPADUAN 1 MALAYSIA

1. Pelajar di sini terdiri daripada pelbagai bangsa iaitu Melayu, Cina, India, Punjabi, dan lain-lain boleh belajar bersama-sama.

2. Lima bahasa dalam satu. Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi pertama sekolah ini, Bahasa Inggeris bahasa kedua digunakan. Bahasa Arab merupakan bidang kebitaraan sekolah ini. Pelajar di sekolah ini juga ada yang menyertai kelas bahasa ibunda mereka iaitu Kelas Bahasa Cina dan Kelas Bahasa Tamil. Oleh itu, ada pelajar yang boleh memahami dan bertutur sekurang-kurang tiga bahasa tersebut.

3. Bangunan sekolah yang unik dibina sejak tahun 1926 masih mengekalkan ciri-ciri binaan British yang begitu tinggi nilai sejarahnya. Seteguhnya, begitu juga kecemerlangan murid-murid di sekolah ini. Sentiasa terkenal dan berterusan.

4. Bersesuaian dengan motto sekolah 'TULUS IKHLAS AZAM BERBAKTI' semua warganya berusaha mengekalkan ciri-ciri murni tradisi ilmu membentuk generasi berguna yang akan berbakti kepada agama, bangsa dan negara. Selaras Falsafah Pendidikan.

5. Penyertaan aktif dan peluang penyertaan pelbagai aktiviti akademik dan ko kurikulum kepada pelajar membentuk daya saing dan jati diri pelajar.

6.Budaya Murni Sekolah seperti kerja sepasukan, hormat-menghormati, budaya salam, budaya penyayang, budaya bersih dan budaya membaca menjadi teras perpaduan.

7. Kemudahan ICT diberi secara meluas kepada setiap pelajar bagi memperkembangkan potensi diri.

8. Galeri Sejarah diwujudkan bagi meningkatkan kesedaran kepada pelajar melalui koleksi-koleksi bernilai tinggi dalam sejarah kejayaan sekolah.

9. Sekolah yang hebat dan cemerlang. 'Walau terintang terus cemerlang'. Walaupun banyak cabaran seperti ruang yang terhad untuk aktiviti, bangunan yang lama, padang yang tidak rata, banjir di dalam sekolah dan depan sekolah semasa hujan lebat, jerebu, pendawaian elektrik, ancaman serangga perosak, kebocoran bumbung, dan ada kalanya ketiadaan air. Namun dihadapi dan diuruskan dengan penuh ketabahan oleh semua.

10. Kunjungan dari luar. Sekolah ini selalu dikunjungi oleh pelbagai pihak dari dalam dan luar negara. Terkenal dengan hubungan yang baik dengan semua pihak.

11. Pembelajaran Interaktif Melalui Internet ( Zoom-A). Melalui penggunaan secara aktif dan berkesan, pelajar di sekolah ini boleh mencapai kemajuan yang membanggakan. Pelajar juga boleh membuat latihan melalui internet bila-bila masa dan di mana jua. Ibu bapa/penjaga pula boleh memantau melalui internet perkembangan pembelajaran anak masing-masing walaupun berada di luar negara. Sejak Anugerah Zoom-A diadakan, kekerapan penggunaan meningkat dan pencapaian juga meningkat.



Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: