Lencana sekolah adalah lencana antarabangsa. Bahagian tengah berwarna merah dengan satu garisan tebal berwarna putih dikelilingi oleh warna emas. Warna lazimnya melambangkan kasih sayang. Oleh itu ia menunjukkan kasih sayang Tuhan terhadap manusia di dunia ini.
Disebelah kanan terdapat kitab suci Al-Quran bagi orang Islam. Kepada orang Kristian, ia merupakan kitab Injil, kepada orang Hindu pula, ia adalah Bhagavadgita dan kepada mereka yang beragama Buddha pula ia merupakan Dharmavada. Semuanya adalah berdasarkan rukun Negara Malaysia yang pertama iaitu, “KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN”
Disebelah kiri ialah ‘distaff’ dan ‘spindle’ yang melambangkan buruh. Setiap individu pada hari ini mempunyai peranan masing-masing sama ada dari segi fizikal mahupun dari segi intelektual dalam usaha untuk mewujudkan dunia yang harmoni.
‘Simple in Virtue, Steadfast in Duty’ Moto kami adalah ringkas tetapi mempunyai makna yang mendalam iaitu, ‘Tulus Ikhlas, Azam Berbakti’ Lambang bunga putih iaitu bunga ‘Marguerities’adalah lambang kesucian terhadap Tuhan, saudara kita yang lain dan diri kita sendiri. Oleh itu lencana sekolah ini melambangkan penghormatan. Ia menunjukkan semangat semua pelajar-pelajar Sekolah Convent di seluruh dunia.
|