skijc.zoom-a.com
[SEKOLAH KEBANGSAAN INFANT JESUS CONVENT ]
[80100 JALAN YAHYA AWAL, JOHOR BAHRU, MALAYSIA]
Tel : [+607-2243005], Faks : [07-2269566]
e-mel : skijc@zoom-a.com
| LAMAN UTAMA | KATA ALU-ALUAN | VISI & MISI | FALSAFAH PENDIDIKAN | FALSAFAH SEKOLAH | SEJARAH | PANORAMA | LOGO SEKOLAH | DOA SEKOLAH | LAGU SEKOLAH | STAF AKADEMIK | PIBG | KEPUTUSAN UPSR 2009 | AKTIVITI | SERTAI KAMI | STAF SOKONGAN | PAUTAN | ALUMNI | ANUGERAH MURID | BULETIN PETANG | ANUGERAH |

Info

4 November 2008

Majlis Anugerah Cemerlang diadakan bagi mengiktiraf kejayaan murid.

Majlis ini diserikan dengan persembahan tarian, nyanyian, persembahan anglung daripada murid-murid. Tahniah kepada penerima hadiah. Teruskan usaha untuk kemajuan akan datang.

10 - 12 Oktober 2008 - Lawatan Sambil Belajar ke Negeri Perak murid tahun 6 yang telah menduduki UPSR tahun ini.

Kunjungan Penolong PPD Rendah En Jamaluddin Bin Abdul Rahman pada 4 September 2008 untuk bertemu murid-murid yang akan menghadapi peperiksaan UPSR.

28 Ogos 2008

Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yassin bersama ibu bapa murid-murid tahun 6 yang akan menghadapi peperiksaan UPSR bertempat di Dewan Besar Sekolah bermula 6.00 petang - 9.30 malam. Aktiviti yang diadakan termasuk tazkirah, solat maghrib, Bacaan Yassin, Solat Taubat dan Solat Isyak dan diakhiri dengan jamuan. Semoga semua murid tahun 6 mendapat kejayaan dalam peperiksaan.

Sepanjang Bulan Ogos

Sempena Bulan Kemerdekaan ke-51, sekolah ini mengadakan pelbagai aktiviti. Antaranya termasukklah Pertandingan Menghias Kelas (semua kelas), Pertandingan Membuat Kolaj Bunga Raya (Tahun 1), Pertandingan Membuat Kolaj Hari Merdeka(Tahun 2), Pertandingan Nyanyian dan Gerakan( Tahun 3), Pertandingan Nyanyian Solo Lagu-Lagu Patriotik (Tahun 4), Pertandingan Nyanyian Duet Lagu-Lagu Patriotik( Tahun 5) dan Pertandingan Mencipta Slogan Kreatif (Tahun 6) di samping itu penghayatan terhadap nilai kemerdekaan negara diterapkan di dalam perhimpunan sekolah, nyanyian lagu patriotik dan aktiviti pengajaran pembelajaran mata pelajaran di dalam kelas. Majlis Rasmi Sambutan Bulan Patriotik 2008 diadakan pada 28 Ogos 2008 (Khamis) 8.00pagi (sesi pagi) dan 27 Ogos 2008 3.30 petang (sesi petang)

14 Ogos 2008

Tahniah kepada wakil sekolah ini mendapat tempat ketiga Pertandingan Koir Patriotik ( Plaza Angsana, Johor Bahru).

13 Ogos 2008

Lawatan Intelektual ke Singapura. Gambar di atas menunjukkan sebahagian aktiviti lawatan ke Sekolah Rendah Ahmad Ibrahim, Zoo Singapura dan Pusat Sains Singapura

12 - 14 Ogos 2008

Lawatan ke Perpustakaan Awam Johor

Lawatan ini telah diadakan bersempena dengan Pameran Keselamatan "Street Smart" yang telah dianjurkan oleh Petronas. Lawatan ini melibatkan murid-murid sesi petang dari tahun 1 hingga 3. Murid-murid telah dibahagikan mengikut kumpulan masing-masing dengan diiringi oleh lima orang guru bagi setiap kumpulan.

Murid-murid menjalankan aktiviti mencari perkataan tersembunyi dan membina "bumper" keselamatan jalan raya.

Sebelum pulang, murid-murid serta guru telah diberi cenderahati daripada pihak penganjur berupa sticker, poster dan broucher. Melalui aktiviti seperti ini, ianya sikit sebanyak dapat memberikan pendedahan kepada murid-murid mengenai pentingnya mempelajari langkah-langkah keselamatan serta punca-punca kemalangan dan cara-cara untuk mengatasinya.

10 Ogos 2008 Lawatan Ke Negeri Kelantan. SK(P) Zainab 2.

9 Ogos 2008 Aktiviti J-Robik dijalankan pada waktu pagi, Ceramah Keselamatan Kanak-Kanak, aktiviti karaoke dan latihan Jrobik.

8 Ogos 2008

Lawatan Penanda Aras Kelab dan Persatuan ke Kelantan dan Terengganu.

28 Julai 2008

Sebahagian guru sesi pagi membimbing murid di sudut penyayang. Aktiviti ini dijalankan antara pukul 1 hingga 2 petang selepas waktu persekolahan pagi.

28- 30 Julai Ujian PKBS 2 dijalankan.

26 Julai 2008

Mesyuarat Agong PIBG ke 34 telah diadakan dengan meriahnya. Pihak sekolah mengucapkan terima kasih di atas kesudian ibu bapa hadir ke majlis tersebut. Berikut sebahagian paparan majlis tersebut.

21 Julai 2008 & 24 Julai 2008

Sebahagian murid melawat ke Pameran Pokok Untuk Kehidupan dan mendengar ceramah yang diadakan di JOTIC, Johor Bahru.

5 Julai 2008

Murid dan guru dari sekolah ini menyertai Perlancaran Bulan Kecergasan yang bertempat di Padang Sri Gelam, Dataran Bandaraya Johor Bahru.

28 Jun 2008

Merentas desa murid Tahun 4 dan 5.

22 Jun 2008

Murid sekolah ini iaitu adik Yaveena Vashini a/p Raja Selan telah menjadi Johan di Pertandingan Kelancaran Membaca Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan Sempena ulang tahun ke 52 yang diadakan di Galeri DBP Wilayah Selatan, Larkin Perdana Johor Bahru. Pertandingan tersebut juga disertai oleh Nurul Iman Athirah Bt A. Fauzi, Nurizzati Bt Othman, dan Wong Tzyy Yu yang masing-masing membawa pulang sijil penyertaan, sijil penghargaan, buku dan hamper.

14 Jun 2008

Hari Terbuka dan Karnival SK Convent telah berjaya diadakan. Di samping ibu bapa berbincang perkembangan anak masing-masing, karnival yang dianjurkan oleh PIBG dengan kehadiran ibu bapa, murid-murid dan masyarakat setempat diserikan dengan pelbagai aktiviti menarik. Sesungguhnya sokongan semua amat bernilai kepada sekolah ini. Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat.

26 April 2008

Kursus Motivasi yang melibatkan murid tahun 4 dan 5.

11 April 2008

Kursus Motivasi Pengawas Sumber dan Pengawas sekolah yang diadakan di Pusat Sumber Sekolah.

4 April 2008

Perlantikan Pengawas Pusat Sumber, Ketua Darjah dan Penolong Ketua Darjah.

Aktiviti Pengumpulan Suratkhabar untuk Kitar Semula Panitia Pendidikan Alam Sekitar (PPAS) dengan kerjasama Kelab Didik Bestari menganjurkan kempen kitar semula sepanjang tahun. Murid-murid, guru-guru dan ibu bapa boleh menghantar suratkhabar lama dan botol plastik ke dalam bekas kitar semula yang disediakan di Dewan Serbaguna sekolah.

Kelas Tambahan Tahun 6 bagi murid Tahun 6 telah bermula 13 Februari 2007. Aktiviti ini dijalankan setiap Selasa, Rabu dan Khamis bermula pukul 1.30 tengahari hingga 3.30 petang.

Aktiviti Merentas Desa di Hutan Bandar telah dijalankan pada 16 Februari 2008 (Sabtu) semua guru dan murid tahun 6 terlibat.

Tahniah kepada P.SANGEETHAA A/P C.P. SAMY tahun 5 Emas kerana telah menjadi Johan acara renang 4 X 50m Rampaian, 4 X 50m Gaya Bebas di Bukit Banang Golf Country Club, Batu Pahat, Johor peringkat MSSJ pada 15 -17 Februari 2008.

Johan Lontar Peluru Zon


Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: