skijc.zoom-a.com
SEKOLAH KEBANGSAAN INFANT JESUS CONVENT
80100 JALAN YAHYA AWAL, JOHOR BAHRU, MALAYSIA]
Tel : [+607-2243005], Faks : [07-2269566]
e-mel : skijc@zoom-a.com
| LAMAN UTAMA | KATA ALU-ALUAN | VISI & MISI | FALSAFAH PENDIDIKAN | FALSAFAH SEKOLAH | SEJARAH | PANORAMA | LOGO SEKOLAH | DOA SEKOLAH | LAGU SEKOLAH | STAF AKADEMIK | PIBG | KEPUTUSAN UPSR 2012 | AKTIVITI | SERTAI KAMI | STAF SOKONGAN | ALUMNI | KELAB KREATIF PETANG | PAUTAN | SK CONVENT PILIHAN RAMAI | BARISAN GURU-GURU | BULETIN PETANG | PBS | PENGUMUMAN |

BICARA KETUA MURID 

 

Bunga cempaka tumbuh melata,  

Burung berkicau di balik pohonan;

Lafaz mulia pembuka kata,

Ucapan ini saya mulakan.

 

 

 Selamat sejahtera kepada semua. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima
kasih kepada Cik Hajah Norlaila binti Ariffin yang memberi peluang kepada saya untuk  menulis  sepatah dua kata untuk dipaparkan dalam laman web ini.

 

 

 

 Saya,selaku  wakil  pelajar Sekolah Kluster  Convent(SKC)  ingin  mengambil  kesempatan  ini untuk  merakamkan  setinggi-tinggi   penghargaan  kepada  semua  tenaga pelajar  Sekolah Kluster Convent  yang berdedikasi  mendidik  para pelajar bagi  membentuk  individu  yang berilmu, berketrampilan dan berwawasan sebagai persediaan untuk mengharungi cabaran  pada era globalisasi ini.Tanpa usaha murni para guru, terutamanya bonda yang  kita sanjungi lagi kita sayangi Bonda Hajah  Azizah  Binti Ahmad Tan, SKC tidak mungkin dapat melahirkan individu yang cemerlang dari segi akademik dan sahsiah .

 

 

 

  Seperti  yang  diketahui  sekolah  ini  sangat  terkenal  di  seluruh dunia atas kejayaannya  sekolah   yang   berusia    lapan    puluh   tiga    tahun  ini, telah  menerima  Anugerah   Sekolah  Kluster  Cemerlang  daripada  Menteri  Pelajaran  Malaysia  iaitu Dato’ Hishamuddin Bin Tun  Hussein. Kejayaan ini amat membanggakan seluruh warga ini.

 

 

 
 

 Selain itu, pada tahun lepas (2006 ),  pelajar-pelajar sekolah ini telah  mendapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR sehingga  dinobatkan  sebagai  sekolah yang terbaik  di daerah Johor Bahru. Saya berharap agar, para pelajar sekolah ini akan terus  berusaha  untuk  mencapai   kecemerlangan  dalam  bidang  akademik  dan kokurikulum demi mengharumkan nama sekolah dan  sekaligus merealisasikan  misi dan visi sekolah.

 

 

 

 Kata   pepatah mengatakan   “bumi  mana   yang tak ditimpa   hujan , lautan  mana  yang  tidak bergelora. Semoga  sekolah ini terus “Cemerlang, Gemilang  dan  Terbilang”. Saya akhiri ucapan saya dengan serangkap pantun:

 

 

Izinkan  saya  mengundur  diri,

Seraya  menyusun  sepuluh  jari;

Sehingga  kita   berjumpa  lagi,

Salah  dan  silap  harap  dimaafi.

 

“BE THE BEST BEAT THE REST”

I  LOVE CONVENT!!!!!!!!!!!!!!!!

Sekian,terima kasih.

 

 

Disediakan oleh,

 

DINARAMALAR A/P SUKKIRASINGAM

6 DELIMA

KETUA MURID

SK.CONVENT,JOHOR BAHRU.



Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: